TELUK KETAPANG dahulunya bukanlah suatu destinasi percutian yang mendapat sambutan hangat di kalangan penduduk tempatan mahupun pengunjung luar. Cukup sekadar kampung nelayan di tepi pantai yang mempunyai pemandangan hening dan populasi yang hidupnya sederhana dari ekonomi dan sosial.
Hening pagi di Pantai Teluk Ketapang
Teluk Ketapang bertuah kerana terletak dalam daerah Kuala Terengganu yang kini diiktiraf sebagai Bandaraya Kuala Terengganu, bandaraya warisan pesisir air. Tempias pembangunan dan pemodenan bandaraya turut mengenai kampung nelayan ini. Pelbagai pembaikan dan pembangunan difokuskan di kawasan ini kerana dilihat berpotensi untuk menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara. Lihat antaranya,
Kompleks Sukan Kuala Terengganu
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Stadium Tertutup
Lapangan Terbang Sultan Mahmud
dan
Pantai yang memberi seribu satu inspirasi kepada pengunjungnya
Terokai dan alami sendiri suasana kampung nelayan dan kehidupan masyarakat di Teluk Ketapang dengan menyertai HOMESTAY Teluk Ketapang yang sedia memberi anda seribu satu pengalaman pelancongan. Cubalah sekarang!!!
No comments:
Post a Comment